PengertianLiberalisme adalah suatu paham yang menghendaki adanya kebebasan
individu dalam segala bidang. Menurut paham ini titik pusat dalam hidup
ini adalah individu. Karena ada individu maka masyarakat dapat tersusun
dan karena individu pula negara dapat terbentuk. Oleh karena itu, masyarakat
atau negara harus selalu menghormati dan melindungi kebebasankemerdekaan
individu. Setiap individu harus memiliki kebebasankemerdekaan,
seperti dalam bidang politik, ekonomi, dan agama.
b Lahirnya Liberalisme
Lahirnya liberalisme untuk pertama kalinya dikobarkan oleh kaum
Borjuis, Prancis pada abad ke-18 sebagai reaksi protes terhadap kepincangan
yang telah berakar lama di Prancis. Sebagai akibat warisan sejarah masa
lampau, di Prancis terdapat pemisahan dan perbedaan yang tajam sekali
antara golongan I dan II yang memiliki berbagai hak tanpa kewajiban dan
golongan III yang tanpa hak dan penuh dengan kewajiban.
Golongan Borjuis mengajak seluruh rakyat untuk menentang kekuasaan
raja yang bertindak sewenang-wenang dan kaum bangsawan dengan
berbagai hak istimewanya guna mendapatkan kebebasan berpolitik,
berusaha, dan beragama. Gerakan ini diilhami oleh pendapat Voltaire,
Montesquieu, dan J.J. Rousseau. Gerakan liberalisme akhirnya meningkat
menjadi gerakan politik dengan meletusnya Revolusi Prancis. Selanjutnya,
lewat kekuasaan Napoleon Bonaparte, paham liberal ini disebarluaskan ke
negara-negara Eropa melalui semboyan liberte, egalite, dan fraternite.
c Praktik Liberalisme
1) Bidang Politik
Terbentuknya suatu negara merupakan kehendak dari individuindividu.
OLeh karena itu, yang berhak mengatur dan menentukan
segala-galanya adalah individu-individu tersebut. Dengan kata lain,
kekuasaan tertinggi (kedaulatan) dalam suatu negara berada di tangan
rakyat (demokrasi). Agar supaya kebebasan, kemerdekaan individu tetap
dijamin dan dihormati sehingga harus dibentuk undang-undang, hukum,
parlemen, dan sebagainya. Dengan demikian, yang dikehendaki oleh
golongan liberal adalah demokrasi liberal. Hal ini seperti yang berlaku
di negara-negara Eropa Barat dan Amerika Serikat.
Bagi Indonesia, demokrasi liberal tidak cocok dan tidak sesuai
dengan kepribadian bangsa Indonesia. Ketika paham ini diterapkan di
Indonesia ( 1950–1959) yakni masa berlakunya UUD Sementara 1950,
negara kita selalu diliputi kekalutan karena menimbulkan instabilitas di
segala bidang, baik politik, sosial, ekonomi, maupun keamanan.
2) Bidang Ekonomi
Dalam bidang ekonomi, golongan liberal menghendaki adanya
sistem ekonomi bebas. Tiap-tiap individu harus memiliki kebebasan
berusaha, memilih mata pencaharian yang disukai, mengumpulkan
harta benda , dan lain-lain. Pemerintah tidak boleh ikut campur tangan
karena masalah itu masalah individu.
Semboyan kaum liberal ialah laisser faire, laisser passer, le monde
va de luimeme, artinya produksi bebas, perdagangan bebas, dunia akan
berjalan sendiri.
3) Bidang Agama
Liberalisme menganggap masalah agama merupakan masalah
pribadi,
masalah individu. Tiap-tiap individu harus memiliki kebebasan
kemerdekaan beragama dan menolak campur tangan negara/pemerintah.
Dengan demikian, dalam bidang agama, golongan liberal
menghendaki kebebasan memilih agama yang disukainya dan bebas
menjalankan ibadah menurut agama yang dianutnya.
Aliran-aliran liberalism
Terdapat beberapa prinsip liberalisme yang telah dipersetujui di kalangan liberal:
Liberalisme politik adalah
aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat.
Tambahan lagi, masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang wujud di
dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa
memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi. Magna Carta adalah
satu contoh di mana dokumen politik meletakkan hak-hak peribadi lebih
tinggi daripada kuasa raja. Liberalisme politik menekankan perjanjian
sosial yang mana rakyat merangka undang-undang and bersetuju untuk
mematuhi undang-undang tersebut. Ini adalah berdasarkan pemikiran di
mana seseorang itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.
Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat tanpa mengira
jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme politik juga menekankan
kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.Liberalisme budaya menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi. John Stuart Mill menyatakan dengan tepat di dalam eseinya yang bertajuk On Liberty:“
"Pelindungan
diri adalah satu-satunya tujuan manusia yang benar dari segi peribadi
dan masyarakat ke atas campur tangan di dalam kebebasan orang-orang
lain. Kuasa tertinggi yang benar hanya boleh digunakan untuk menghalang
seseorang dikalangan satu masyarakat yang bertamadun daripada mengganggu
[atau mencederakan] seseorang yang lain. Kebaikan fizikal atau moral
seseorang itu tidak mencukupi untuk membiarkan dia mengganggu orang
lain."
”
Liberalisme budaya secara umumnya menentang peraturan-peraturan kerajaan di dalam kesusasteraan, seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, penguguran kandungan, penggunaanpengawalan pengandungan, kesakitan muktamad, arak, ganja dan barang-barang kawalan yang
lain. Kebanyakan ahli-ahli liberal menentang separuh atau semua
peraturan-peraturan kerajaan yang mencampuri hal-hal ini. Negara Belanda, dari segi liberalisme budaya, mungkin adalah negara yang paling liberal di dunia.
Liberalisme ekonomik yang
juga dikenali sebagai liberalisme klasikal atau liberalisme Manchester
adalah satu ideology yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda
dan kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang
mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian
kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.
Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya sedikit atau tiada langsung
peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Sesetengah mereka menerima
halangan kerajaan ke atas monopoli dan kartel dan sesetengah yang lain
menyatakan bahawa monopoli dan kartel disebabkan oleh tindakan kerajaan.
Liberalisme ekonomik menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan
harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh
tindakan-tindakan pengguna. Ada yang mahu melihat kuasa pasaran
bertindak di kawasan-kawasan yang biasanya dimonopoli oleh kerajaan
seperti keselamatan dan mahkamah. Liberalisme ekonomik menerima ketidak
samarataan sebagai hasil semulajadi daripada persaingan yang tidak
melibatkan ugutan yang mengacam hak-hak peribadi. Aliran liberalisme ini
dipengaruhi oleh liberalisme Inggeris yang
merebak di pertengahan kurun ke-19. Minarchisme dan anarcho-kapitalisme
adalah antara bentuk-bentuk liberalisme ekonomik. Baca juga perdagangan bebas, neo-liberalisme dan liberalisasi.Liberalisme sosial atau
liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan neoliberalisme) mula
dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju pada akhir abad ke-19. Ia dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah atau semuanya, teori penyalahgunaan Sosialis dan Marxis dan ulasan-ulasan terhadap "tujuan keuntungan"
dan membuat kesimpulan bahawa kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya
untuk menyelesaikan masalah itu. Mengikut fahaman ini, semua individu
perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang
ekonomik dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak ditentukan
oleh mereka, seperti yang ditulis oleh John Dewey dan Mortimer Adler pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Kepada liberalisme sosial, kemudahan-kemudahan ini dianggap sebagai
hak. Ini adalah hak-hak positif yang berbeza secara kualitatif dari apa
yang dibahaskan dari segi klasikal, iaitu hak-hak negatif yang hanya
menuntut seseorang daripada mencabuli hak-hak orang lain. Menurut
ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu dibuat dan
dibekalkan kepada orang ramai. Menurut mereka lagi, pastian hak-hak
positif adalah objektif yang berterusan yang secara asasnya melindungi
kebebasan. Sekolah, perpustakaan, muzium dan galeri seni hendaklah
dibiayai dengan hasil cukai. Pemikir-pemikir liberalisme sosial
menyokong sesetengah sekatan ke atas pesaing ekonomik seperti
undang-undang "anti-trust" dan kawalan harga dan gaji. Kerajaan juga
dianggap akan memberi kebajikan asas yang dibiayai dengan hasil cukai
yang bertujuan untuk membolehkan penggunaan pekerja-pekerja yang terbaik
di dalam masyarakat untuk menghalang revolusi ataupun hanya untuk
kebaikan sejagat.
Solon dari Yunani.
Pergelutan di antara kebebasan ekonomi dan kesaksamaan sosial hampir setua dengan idea kebebasan itu sendiri. Plutarch yang menulis mengenai Solon(c. 639- c. 559 SM) yang merupakan ahli perundangan di Athens tua menyatakan:
"Solon
mengambil berat tentang isu pengampunan hutang; itu adalah caranya
untuk memperkuatkan kebebasan rakyat; tiada gunanya untuk undang-undang
menyatakan bahawa semua lelaki mempunyai hak-hak yang sama adil tetapi
yang miskin mesti mempergadaikan kebebasan mereka kerana hutang, dan,
menyebabkan kerusi keadilan dan kesaksamaan, mahkamah, kerajaan dan
tempat perbincangan awam dikuasai oleh orang-orang yang berharta."
Ahli-ahli
liberal ekonomik melihat hak-hak positif sebagai melanggar hak-hak
negatif dan oleh itu tidak sah. Dengan demikian, mereka melihat kerajaan
hanya mempunyai peranan yang kecil. Ada liberal ekonomik yang
berpendapat bahawa kerajaan tiada fungsi langsung dan ada juga seperti
minarkis hendak mengecilkan peranan kerajaan kepada perundangan,
keselamatan dan pertahanan. Liberal sosial sebaliknya ingin membentuk
kerajaan yang menjamin kebajikan am rakyat dengan menyediakan makanan
dan tempat perlindungan untuk orang yang tidak berupaya untuk
menyediakan keperluan tersebut untuk dirinya sendiri, perkhidmatan
perubatan, perkhidmatan persekolahan, pencen, kebajikan kanak-kanak dan
yang kurang upaya termasuk orang-orang tua, masang-masang balapertaka
semulajadi, perlindungan untuk pihak minoriti, pencegahan jenayah dan
pembiayaian seni dan sains. Ini sekali gus meninggalkan idea kerajaan
kecil. Kedua-dua jenis liberalisme mempunyai tujuan yang sama —
kebebasan — tetapi mereka tidak bersetuju bagaimana cara yang paling
baik atau yang paling bermoral untuk mencapai kebebasan. Sesetengah
parti politik liberal menekankan liberalisme ekonomik dan sesetengah
yang lain lebih mengemari liberalisme sosial. Parti konservatif selalu
mendekati liberalisme ekonomik dan pada masa yang sama menolak
liberalisme sosial dan budaya.
Kesemua bentuk liberalisme mempunyai
pendapat di mana terdapat keseimbangan di antara tanggungjawab kerajaan
dan peribadi di mana kerajaan perlu menjalankan peranan yang mana
seseorang itu tidak mampu untuk membuatnya dengan sendiri melalui diri
atau pihak swasta. Liberalisme telah merebak dengan luasnya di dunia
moden yang akhirnya menyebabkan kerajaan-kerajaan dunia moden ini
sekurang-kurangnya bercakap (dan tidak semestinya bertindak) mengenai
kebebasan peribadi sebagai asas masyarakat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar